Wednesday, August 5, 2009

pengembaraan Johan ke alam ghaib

Johan terus meniup seruling di tangannya, seruling peninggalan ayahnya memang tidak dapat dipisahkan dari Johan, sebagai pengembala lembu professional, Johan mempunyai skill yang tidak terkalahkan oleh pengembala pengembala lembu yang lain, banyak pengembala lain menyanjungi Johan sebagai pengembala terhebat dan berpengaruh di kampung mereka.

"Sialan si Johan!!"kata Omeng kepada kuncu kuncunya, penumbuknya dihentak hentakkan ke bangku, kelihatan seorang daripada kuncunya berpura pura mengelak dari tumbukan Omeng, mungkin untuk melobi Omeng dan mempersetujui bahawa Omeng adalah seorang ketua yang betul betul samseng."tim kai Omeng??" tanya Ah Cai sambil menghirup air stout ditangannya, kelihatan sedikit air tadi meleleh di dagu Ah Cai kerana terlampau gelojoh untuk minum. Kelihatan yang lain turut minum air arak di depan mereka. "aku memang tak puas hati, semalam dia cuba menggoda adik perempuanku dengan seruling yang dimilikinya!!" Omeng meluahkan apa yang terbuku, kelihatan tangannya mengaru garu ke arah kemaluannya, mungkin tidak selesa dengan seluar ketat yang dipakainya, seluar jeans ala ala budak budak indie."Kenapa dengan seruling tu Omeng??seruling itu saktikah??" tanya seorang kuncu yang sudah terbaring di sebelahnya, sambil tangannya mengorek lubang telinganya dengan sehelai bulu ayam, kelihatan sungguh seronok menggunakan objek tersebut untuk mengorek telinganya. "ya, seruling itu memang seruling sakti, bapanya dulu pernah menggunakan seruling itu untuk cuba menggoda ibuku..tapi aku pun tak pasti" jelas Omeng....

Coba sambong kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...