Friday, January 2, 2026

Sejarah : BLOG

Salam tahun baharu 2026 buat semua pembaca setia Gengkeretasapu! 

​Hari kedua di tahun baru ini, saya nak bawa anda 'kembali' semula ke masa lalu. Sekirany anda tengah membaca entri ini, maknanya anda adalah sebahagian daripada komuniti yang masih menghargai seni penulisan digital. Tapi, pernah tak anda terfikir macam mana blogging ni bermula? Dari sekadar diari peribadi yang 'jiwang', hinggalah menjadi empayar media yang mampu menjana pendapatan ribuan ringgit.

​Eksklusif untuk Gengkeretasapu, ayuh kita bedah sejarah blog dari mula hingga sekarang.. jom!! 

​1. 1994: Bermulanya "Weblog" Pertama

​Segalanya bermula dengan seorang pelajar kolej bernama Justin Hall. Pada tahun 1994, dia mencipta laman web bernama Links.net.

​Zaman itu, belum ada istilah 'blog'. Dia cuma anggap itu sebagai 'laman peribadi' untuk dia berkongsi pautan menarik dan kisah hariannya. Bayangkan, masa itu internet masih guna dial up yang bunyi macam robot kena picit ekor, tapi Justin dah mula 'bercerita' dengan dunia.

​2. 1997: Lahirnya Istilah 'Weblog'

​Nama 'Weblog' sebenarnya datang daripada Jorn Barger. Dia gabungkan perkataan Web dan Log (rekod harian).

​Dua tahun kemudian, pada tahun 1999, seorang lelaki bernama Peter Merholz secara bergurau telah memendekkan perkataan itu menjadi 'We Blog' di sidebar laman webnya. Dari situlah, perkataan 'Blog' lahir dan kekal hingga sekarang.

​3. Era Ledakan: Blogger & LiveJournal (1999)

​Tahun 1999 adalah tahun keramat. Sebelum ini, kalau nak buat blog, anda kena pandai coding HTML. Tapi munculnya platform macam Blogger (oleh Pyra Labs) dan LiveJournal telah mengubah segalanya.

  • Kenapa penting? Sebab orang biasa yang tak tahu coding pun dah boleh mula menulis.
  • Google Ambil Alih: Pada 2003, Google beli Blogger. Masa inilah fenomena blog meletup di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

​4. Zaman Keemasan di Malaysia (2000an)

​Siapa ingat zaman kita sibuk letak lagu latar (MP3), kursor tikus ada ekor bintang-bintang, dan kotak shoutbox kat tepi blog?

​Di Malaysia, muncul nama-nama besar seperti SultanMuzaffarBeautifulNara, Blogserius dan Hanis Zalikha. Blog pada masa itu bukan sekadar diari, tapi menjadi tempat rujukan gosip, tutorial tudung, dan kritikan filem. Kita panggil zaman ini sebagai zaman 'Blogosphere'.

​5. 2003: Munculnya Gergasi Bernama WordPress

​Kalau Blogger itu mudah, WordPress pula datang dengan fungsi yang lebih 'ganas'. Ia membolehkan seseorang membuat laman web yang nampak profesional secara percuma!. Sehingg hari ini, hampir 43% laman web di seluruh dunia (termasuk blog blog hebat) dibina menggunakan WordPress.

​Kenapa Blog Masih Hidup (Walaupun dah ada TikTok/FB)?

​Ramai kata blog sudah mati, tapi sebenarnya TIDAK. Blog telah berevolusi menjadi:

  1. Gedung Ilmu: Kalau anda mencari 'Cara masak rendang' atau 'Sejarah T shirt Metal', anda takkn cari kat TikTok, saya jamin anda akan cari kat Google dan secara automatik membaca blog.
  2. Kedaulatan Konten: Di Facebook atau IG, anda 'menumpang' tanah orang. Kalau akaun kena banned, habis semua. Tapi blog (terutama yang ada domain sendiri) adalah 'tanah' milik anda sepenuhnya.
  3. SEO & Bisnes: Blog sekarang adalah alat pemasaran paling berkuasa untuk menarik pelanggan melalui enjin carian.

​Jadi, buat pembaca blog Gengkeretasapu, jangan pernah rasa rendah diri menjadi pembaca atau penulis blog. Kita adalah penjaga tradisi penulisan yang paling jujur di alam siber (kunonya ayat siber!! hahaha). Blog membolehkan kita berfikir lebih dalam, bukan sekadar scroll laju laju. Jumpa di entri akan datang. Nak saya ulaskan kisah dan sejarah apa di entri yang akan datang? sila komen ok.. tak komen pun saya terus menulis.. oh yeah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...