Bawang |
Seleps tamat kursus di kolam renang, saya bergerak menuju ke Paragon Street Mall Bintulu untuk menonton RocknMob yang katanya tengah hype sekarang di seluruh Sarawak, masa saya sampai di sana, acara belum start lagi, masih melihat peserta peserta tengah setting instrument dll, buat pengetahuan anda, peserta peserta kali ini datang dari seluruh Sarawak bagi memeriahkan acara ini. Sempat juga saya bertanya kepada penganjur acara lagu apa yang dibawa sempena RocknMob kali ini, ok ini list lagunya
- berkikis bulu betis (Lagu Iban)
- Meniti titian usang (Search)
- Pawana (Search)
- Smells like teen spirits (Nirvana)
- Its my life (Bon Jovi)
Kenapa tiada lagu Foo Fighters? hahaha, ok itu hak penganjur iaitu pihak PEMUZIKA , serius saya banyak ketinggalan dengan scene muzik di Bintulu setahun dua ini kerana banyak komitmen lain, lagipun segala alat muzik saya sudah tiada berganti dengan alat alat percetakan, ok itu cerita lain ..dalam entri lain
Keadaan sebelum rehearsal RNM |
Saya hanya sempat melihat persembahan pertama daripada komuniti RNM ini semalam semasa mereka membawakan lagu hits Berkikis bulu betis, lepas itu saya berasa lapar dan kembali lepak tempat biasa saya minum minum makan makan iaitu di Abida Cafe
Bersambung...
coi
ReplyDelete