Sementara mak aku dah belanja makan, aku tanpa membuang masa mengorder mi kegemaran aku iaitu mi Hong Kong, tak sah kalau aku berkunjung ke area Sibu dan Sarikei kalo tak makan ini mi, betul betul hao liao wooo! Tapi ikut kedai jugaklah, ada yang sedap dan ada yang kureng, hari ni, bagi aku rasanya medium, kuahnya tak pekat tak cair, tapi kalo ikut standard perut aku, aku prefer kuah yang pekat. Dan kandungan ramuannya jugak, selalunya kalau betul betul ramuan mi Hong Kong yang superb, didalamnya terkandung daging, fishball, serta pilihan seafood yang lain, manakala yang hari ni cuma ada seekor udang halus (?) . Dan ianya memang tak dapat fight rasa mi Hong Kong yang pernah aku makan di market lama Sibu waktu aku kecik kecik dulu (Sekarang penjual mee di market lama tersebut dah missing in action sejak 20 tahun yang lalu, entah kemana dah mereka pergi, market lama itu pun dah tak ada, dirobohkan untuk buat parking lot)
Mi Hong Kong yang tak Hong Kong sangat
Lepas makan dan beli barang barang dapur sedikit sebanyak, maka berangkatlah kami pulang ke kampung, dan semasa dalam perjalanan balik, hampir hampir lagi kami bertiga jadi arwah, akibat kecuaian pemandu dari arah bertentangan yang memotong secara gila babi, oh ya untuk pengetahuan readers, jalan Sarikei - Kuching merupakan jalan yang kira agak berbahaya jugalah untuk dilalui, banyak kemalangan maut berlaku kalo ikut papan statistik yang aku tengok sambil lalu tadi petang. Adalah dalam berpuluh kes kemalangan maut untuk ini tahun.
Nasiblah tidak berlaku apa apa yang tidak diingini, hanya sedikit trauma bila dalam keadaan cemas, aku yang sedia maklum seorang yang sedikit baran, memberi satu hon panjang, dan kereta pacuan empat roda (Hilux) yang memotong tadi terus masuk ke tepi jalan yang berumput (ini aku lihat dari cermin pandang belakang, buang masa saja berhenti, lagipun siapa suruh berani sangat, kalau berhenti aku memang dah prepare dengan stereng lock bawah seat kereta aku, tapi kalau badan dia besar dari aku, aku report polis jelah kalo dia banyak cakap/cuba menidakkan tindakan/mengepau walhal tiada berlaku apa apa - sabar separuh daripada iman, biarlah jadi pengajaran kepada pemandu tersebut, ingat kereta dia besar dia boleh buat sukahati, no way!)
Bersambung . . .
popular (seafood) corner bintulu ada jual katak
ReplyDeleteBanyak cawangan popular, di Sibu pun ada, lagi besar..mungkin taukenya sama kot?
ReplyDeletedi parkcity mall pun ada popular (bookstore hahaha)
ReplyDeletebanyak sabor bro heheh... jangan masuk dalam harian metro pulak.
ReplyDeletekedai makan yang bernama popular ada 2 di bintulu...satu yang tak boleh masok org muslim punya, satu lagi boss nya org cina tapi gerai2 dlm restoran tu org Bintangor punya (sama kampung dgn org rumah aku)
ReplyDelete