Pembantu stor..begini ceritanya
Semasa aku bekerja sebagai pembantu stor di syarikat Serba Dinamik, banyak juga aku berkenalan dengan kawan kawan dari dari luar dan orang Bintulu asal. Tugas aku memang memerlukan aku untuk pandai berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang dari jabatan yang berbeza. Aku suka guna perkataan jabatan disini berbanding department, lebih kemelayuan sedikit bunyinya sesuai dengan cerita aku dalam bahasa Melayu, kalau aku guna bahasa ibunda aku..bahasa Sarawak, mungkin banyak kekeliruan untuk kawan kawan pembaca di luar sana hahah!!
Hidup kita dimuka bumi kena pandai bercakap, itu anugerah Allah SWT yang seronok untuk kita fikirkan, kalau tidak pandai berkomunikasi, sukar untuk berbicara dengan pekerja pekerja di dalam loji. Kerana di dalam loji MLNG, pekerjanya terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza, syarikat usahasama pun banyak. Bahasa komunikasi yang aku suka bahasa rojak. Kadang kadang hanya menggunakan bahasa isyarat disebabkan suasana kerja yang bising..yang pernah dan sedang kerja di loji sahaja mungkin faham situasi tersebut, salah bicara buruk padahnya..no horseplay!!
Berbalik kepada tugasan aku, awal paginya aku menjaga stor peralatan yang berupa sebuah kontena merah berukuran 20 kaki panjang. Dalam kontena tersebut tersusun beberapa rak yang menempatkan peralatan peralatan mekanikal, alat ganti mesin bernilai jutaan ringgit kalau nak dikira harganya, jadi..keutamaan aku adalah menjaga peralatan tersebut supaya tidak hilang. Kalau hilang gelaplah masa depan brader, petangnya pula sebelum bertukar syif, aku akan pastikan peralatan yang dipinjam dihantar dan direkodkan, kerja ini kena siuman perwatakannya brader, selagi peralatan yang dipinjam tidak dihantar, selagi itulah aku akan berhubung dengan juruteknik yang meminjamnya sehingga alat tersebut dikembalikan… begitulah rutin aku setiap hari selama beberapa bulan aku pun dah lupa.
Bersambung...
Gambar Hiasan |
No comments:
Post a Comment