Thursday, February 20, 2020

Aku, Underground dan Bintulu #5

Malam..memang sesuatu yang membosankan bila tinggal di bandar yang mewah, mewah bagi aku laaa, jika cukup bekalan elektrik, air dan saluran TV seperti di Bintulu. Waktu itu, menonton saluran Astro, saluran discovery channel sudah cukup bagi aku, kadang kadang sehingga terlelap di depan tv asbab kelelahan. Kalau di kampung, jangan harap nak menonton Astro sebab di rumah aku di kampung pada masa itu tiada Astro apatah lagi unifi..hanya mengharapkan saluran tv kerajaan.

Di hujung minggu, aku akan mengikuti pakcik aku ke kebunnya di kawasan Similajau, waktu itu beliau baru membeli tanah di sana untuk melampiaskan hobi berkebunnya, memang pelik sedikit permukaan tanah yang beliau beli, bayangkan tanah di bawah bukit, memang tertonggeng bontot bila balik dari kebun, pada waktu itulah aku mula belajar menggunakan chainsaw, di sana pakcik aku menanam pisang, cempedak nangka dan pelbagai lagi. Pernah pada suatu ketika, aku dan pakcik aku membakar rumput  yang baru ditebas di kebun dan tanpa disengajakan dan atas takdir Allah..turut membakar sekali kebun jiran di sebelah..habis ranap pokok limau kebun jiran..memang hilang punca waktu kejadian itu, nasiblah penjaga kebun jiran itu yang berbangsa Indonesia sangat sporting, Mas Budi namanya, sesuai nama dengan orangnya kerana beliau seorang yang budiman, pernah juga kami singgah dirumah Mas Budi untuk makan makan bersama keluarganya. Alhamdulillah sempat juga aku merasa hasil kebun pakcik aku selepas beberapa tahun.

Kalau tidak berkebun, pada musim bubok di Bintulu, aku akan menemani makcik aku untuk menjemur bubok (sejenis udang untuk membuat belacan) dan seterusnya diproses menjadi belacan dan pitis..pitis untuk buat rojak tu brader, memang tak menang tangan kalau tiba musim bubok..Bintulu terkenal dengan belacan yang boleh tahan sedapnya kawan kawan, sebab itu kalau disebut tentang belacan di Sarawak, memang sukar untuk menandingi kehebatan rasa belacan Bintulu, walaupun ada juga daerah daerah lain di Sarawak yang mengeluarkan belacan mereka sendiri. Sekarang harga belacan Bintulu boleh mencecah RM60/kg semasa cerita ini ditulis. Kenapa ianya hebat? carilah sendiri malas aku nak cerita pasal belacan

bersambung…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...