Monday, April 4, 2011
ReView gig Shout Out It Out Loud Tour | Part 2
Walaupun penat berheadbanging bersama dengan Band Metuk Ulau Projekt masih belum kebah, ini kali kami di barisan crowd terpaksa banging to the max sebab ini band antara band senior dalam pergerakan underground Bintulu iaitu Erectus!!!
Dibarisi oleh personel personel yang kejam dan bengis iaitu Adi di posisi vokills, Malik yang berbekalkan gitar yang paling sadis di bintulu, berbentuk seperti taring makhluk halus!!!di posisi gitar utama, Alem mendesecrated gitar kedua , Ali yang bertanggungjawab menyihir gitar bass bewarna merah beliau dan Rody pada jentera utama Erectus iaitu dram.
Aku yang pada waktu itu tengah cuba menyabarkan Rashid Malim dan Adi Herman (Metuk Ulau Projekt) daripada tabiat banging yang melampau secara tidak sengaja terus terlajak ke barisan hadapan sekali, jadi ini memberi peluang untuk aku menyaksikan secara live mereka ini beraksi, sebelum ini aku hanya sempat melihat aksi mereka di Youtube sahaja. Di samping itu aku juga sempat mengambil beberapa shot untuk review ini kali, dan juga kod gitar lagu yang mereka mainkan haha. (boleh kena saman ka??)
Track pertama yang di dendangkan secara kasar kepada crowd pada hari itu berjudul Bumi Tuhan, dengan aksi dan bunyian yang begitu extrim sekali, ternyata band ini mampu menarik perhatian crowd yang nampak bermalas malasan pada mulanya, yang bestnya wajah wajah yang kelihatan di barisan hadapan merupakan senior senior muzik metal di Bintulu!! The best to describe this fuckin band is totally god damn 666% madness!!!, Vokal growl yang ganas jelas menunjukkan band Erectus ini secara keras ke arah genre Death Metal!!!
Jahanam!!! merupakan track kedua yang didendangkan pada hari tersebut, aksi mosh dan headbang semakin menggila, air cond dalam Niah Ballroom pun tidak dapat menyejukkan badan aku yang memang sedia panas, memang tepatlah dengan nama lagu ini, memang jahanam!! haha!! Line up Erectus semuanya memainkan instrumen mereka dengan kudrat yang terlampau, walaupun mereka berheadbanging sambil bermain alatan musick mereka, itu tetap tidak membunuh sound mereka. Secara peribadinya aku memang salute dengan showmanship yang ditunjukkan. Cukup solid dan keren!!!!
Track Merentap Tirai Senja mengakhiri persembahan mereka pada petang itu, mereka ni tak pandai penat ke???!!! Apa rahsianya??? FYI , ada satu insiden yang menjadi bualan hangat metalhead Bintulu dan Jerman hingga sekarang ialah tentang frame lampu yang jatuh tergolek sekaki daripada gitaris utama mereka. Adakah ini perbuatan khianat?? ataupun gimik daripada lampu berkenaan? memang berhantu la, nasib tak kena kepala, kalo kena kepala gerenti masuk muka depan newspaper Cina. Tapi itu cerita lainlah . . .yang pentingnya mereka ini memang buas, gerenti puas hati bila melihat mereka perform secara live!! arghh!!!!
Selepas persembahan mereka berakhir, aku pun turut keluar dari Ballroom untuk ke lobi hotel, bukan apa, aku nak hisap rokok.
Akan datang dalam blog GKS - Interview with Erectus!!!!
Labels:
Review
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perghhh review yg kaw2...sik reti aku nyusun ayat mcm kau rol....kau agik terer dari aku hahaha
ReplyDeleteTq, Bro Adi Herman, tengah mupok2 juak belajar molah entri dalam Bahasa Malaysia tok haha, 3 jam nyusun ayat tok bro, dekat 4 hari dalam draf dan selebihnya aku layan main game tembak2 lam komputer hahahaha
ReplyDelete