Liza merenung ke arah sebujur tubuh kaku di depannya, air mata Liza mengalir tanpa putus, Azman kini sudah tiada, kekejaman parang Amir telah menghabiskan nyawa Azman.
Amir terduduk, menguis parang ditangannya ke tanah, menggali gali tanah dihadapannya, matanya sayu, seribu kekesalan timbul di kerut dahinya. di kejauhan terdengar siren polis dan ambulans bersahut sahutan membelah kesepian di ladang tebu Pak Johan, seguni anak mata memandang tepat ke arah tiga manusia di hadapan mereka, dua buah kereta polis dan sebuah ambulans muncul. Kelihatan kereta dan van ambulans tersebut memuntahkan isi di dalamnya.
Seorang polis bermisai keluar dari keretanya, misainya seperti berus kasut, kelihatan sedikit bergerak gerak bila dia hendak berkata kata, nampak seperti polis itu tidak selesa dengan misai yang dimilikinya. Dia terus menghampiri Amir dengan berwaspada, muncung pistol tidak bergerak gerak menuding ke arah Amir, seperti tembakannya terus mengena ke sasaran, "letakkan senjata awak ke tanah!!kawasan ini sudah dikepung, tiada harapan untuk awak melarikan diri!!"kata polis bermisai tebal, selepas ayat terakhir, kelihatan jarinya menggaru garu misai, membetulkan posisi...
bersambung
*cubaan pertama aku nulis lam bahasa baku heheh
No comments:
Post a Comment