Friday, December 30, 2011

Musim belajar dram

Baru sahaja memulakan sesi belajar drum dengan menggunakan ini DVD

Learn & Master drums with Dan Sherril


Azam baru untuk tahun depan, menjadi seorang drummer heheh?!

Saturday, December 24, 2011

Metuk Ulau jammed Session ke-3

Ya sesi jamming yang ketiga untuk Metuk Ulau, disini aku namakan Metuk Ulau jammed session kerana kehadiran Adi Herman iaitu tauke kepada Metuk Ulau Distro, sebelum ini biasa kami menggunakan nama Hepi;)+Metuk Ulau Projekt sebab hanya aku seorang sahaja yang tampil bersama sama dengan geng geng Hepi;) yang lain, ok itu lain ceritalah..

Kali ini sesi jamming menngunakan seluruh kudrat (Full force) dari semua ahli Hepi;) dan Metuk Ulau Projekt, bermakna it's a hell of a show hahah! Dengan setlist yang simple terdiri daripada lagu lagu yang biasa dimainkan dalam sesi sesi terdahulu dan juga penambahan lagu baru seperti Half, yang dulunya pernah dipopularkan oleh kumpulan alternatif tempatan iaitu Saturnine dan lagu Tears of the dragon, lagu asal oleh Bruce Dickinson, yang mana kali ini rasanya lebih feel dari sesi bulan lepas.

Tengah beraksi

Oleh kerana kali ini kami hanya menggunakan studio selama sejam, bermakna tiada banyak ruang untuk kesilapan. Untuk full review, kita tunggu laporan daripada Ijau D. Koceng untuk sesi kali ini.

geng Hepi;) dan MUUV


Friday, December 23, 2011

Encik Medeli | Ep.1

Selepas lebih kurang sebulan menunggu, akhirnya encik Medeli DD506 selamat tiba di Bintulu pagi kelmarin, selepas sahaja Ijau D. Koceng memberi komen di facebook aku tentang ketibaan encik Medeli, aku terus meloncat keriangan, terus memecut laju ke Bintulu tengahari itu juga.

Serba sedikit tentang Medeli DD506 ni, ianya merupakan sebuah elektronik dram yang mungkin mampu milik untuk pemain dram amatur/beginner/intermediate. Ya, memang amat sesuai sekali, harganya kira oklah untuk setnya, nak beli dram elektronik yang mahal mahal dan lebih performance seperti jenama Roland dan Yamaha memang aku tak mampu, lagipun aku bukan seorang pemain dram yang tegar hanya sebagai hobi kedua selepas gitar serta memancing udang dan juga untuk bikin projek muzik untuk tahun depan Insyallah. Tapi suatu hari nanti kalau ada rezeki lebih apa salah angkat Roland TD20 sebiji dua kan? Sebelum ini banyak juga pilihan dram elektronik (tak ketinggalan dram akustik) yang dalam lingkungan bajet aku seperti Alesis DM6, DDRUM dan Ashton, tapi kalo nak dibandingkan, jenama Medeli kira yang terbaiklah(mungkin) setakat ini, sebab kebanyakan syarikat pembuat dram elektronik lain seperti Alesis dan DDrum juga menggunakan barang barang seperti pad dari Medeli untuk dram mereka (ini yang aku baca dari forum jugalah) atau dengan kata lain, Re-branding. Lagi satu alasan aku memilih untuk membeli dram elektronik berbanding akustik, sebabnya aku tinggal berjiran dengan staf staf lain di SK Pandan, nanti kalo tengah tengah malam nak bantai dram percuma je jiran sebelah bawak parang nak pakuk kepala haha, jadi ini sajalah solutionnya.

Berbalik kepada cerita dram tadi, sampai sahaja ke Jabatan kimia, aku dan Apai Rizal gamer yang sayur terus claim kotak berisi dram tersebut daripada Bob Kandar, hahaha, aku memang dah susah hati dah takut takut kotaknya tak muat masuk dalam kereta (tapi sebelum ini aku pernah bawak mesin basuh dalam kereta aku), oleh kerana terlalu teruja kami berempat membuka isi kotak tersebut dan mulalah mengetest satu persatu part dari modul hinggalah ke snare.

ada apa?


Bersambung...

Tuesday, December 20, 2011

Ep bulan Disember

EP band metal yang telah aku dapatkan sebelum penutupan tahun 2011 (untuk bulan disember 2011)


Kuraia | Manggas + poster (versi tak die-hard no. siri:101)

Inclinated to Devour | Excreted Torture (permainan muzik
mereka seakan Cannibal Corpse!)

Time to change | Argonist , ep ini diberi oleh Yassin semasa
menangkat besi bulan lepas


Cukuplah dulu untuk tahun 2011, simpan duit untuk tahun depan. \m/ dan semestinya pembelian yang tiada rip-off, bukan seperti ada satu label tu, label dia ok, tapi 'orang/kuli' yang manage merchandise dia memang teruk lah.

Friday, December 16, 2011

Somewhere in time

Semalam mak aku bawak aku dan adik aku jalan jalan ke Sarikei, untuk urusan bank katanya, lepas settle semua urusan, kami bertiga pegi jalan jalan cari tempat makan, di Sarikei ni banyak jugak tempat makan best best, dan kami telah makan di Popular Corner (di Bintulu pun ada Popular Corner, mungkin cawangannya barangkali).

Sementara mak aku dah belanja makan, aku tanpa membuang masa mengorder mi kegemaran aku iaitu mi Hong Kong, tak sah kalau aku berkunjung ke area Sibu dan Sarikei kalo tak makan ini mi, betul betul hao liao wooo! Tapi ikut kedai jugaklah, ada yang sedap dan ada yang kureng, hari ni, bagi aku rasanya medium, kuahnya tak pekat tak cair, tapi kalo ikut standard perut aku, aku prefer kuah yang pekat. Dan kandungan ramuannya jugak, selalunya kalau betul betul ramuan mi Hong Kong yang superb, didalamnya terkandung daging, fishball, serta pilihan seafood yang lain, manakala yang hari ni cuma ada seekor udang halus (?) . Dan ianya memang tak dapat fight rasa mi Hong Kong yang pernah aku makan di market lama Sibu waktu aku kecik kecik dulu (Sekarang penjual mee di market lama tersebut dah missing in action sejak 20 tahun yang lalu, entah kemana dah mereka pergi, market lama itu pun dah tak ada, dirobohkan untuk buat parking lot)

Mi Hong Kong yang tak Hong Kong sangat

Lepas makan dan beli barang barang dapur sedikit sebanyak, maka berangkatlah kami pulang ke kampung, dan semasa dalam perjalanan balik, hampir hampir lagi kami bertiga jadi arwah, akibat kecuaian pemandu dari arah bertentangan yang memotong secara gila babi, oh ya untuk pengetahuan readers, jalan Sarikei - Kuching merupakan jalan yang kira agak berbahaya jugalah untuk dilalui, banyak kemalangan maut berlaku kalo ikut papan statistik yang aku tengok sambil lalu tadi petang. Adalah dalam berpuluh kes kemalangan maut untuk ini tahun.

Nasiblah tidak berlaku apa apa yang tidak diingini, hanya sedikit trauma bila dalam keadaan cemas, aku yang sedia maklum seorang yang sedikit baran, memberi satu hon panjang, dan kereta pacuan empat roda (Hilux) yang memotong tadi terus masuk ke tepi jalan yang berumput (ini aku lihat dari cermin pandang belakang, buang masa saja berhenti, lagipun siapa suruh berani sangat, kalau berhenti aku memang dah prepare dengan stereng lock bawah seat kereta aku, tapi kalau badan dia besar dari aku, aku report polis jelah kalo dia banyak cakap/cuba menidakkan tindakan/mengepau walhal tiada berlaku apa apa - sabar separuh daripada iman, biarlah jadi pengajaran kepada pemandu tersebut, ingat kereta dia besar dia boleh buat sukahati, no way!)

Bersambung . . .

Monday, December 12, 2011

Tasbih Putih | Dari sudut seorang penonton

Tasbih Putih merupakan sebuah telefilem arahan Rashid Sibir, dan telah menjadi mangsa tontonan aku di Astro Prima malam semalam. Sebabnya, sejak iklannya keluar minggu sebelum itu aku memang dah bertekad nak tonton ini cerita sebab cerita ini menggunakan Johan Asa'ari (pernah membawa watak sebagai Botak dalam drama Juvana dan watak Aril dalam slot Cinta Elisya) sebagai lead actor. Bagi aku kalau dia ni berlakon, sudah tentu cerita itu akan jadi sedikit hidup kerana dia ni memang pelakon yang special sikit bagi aku, mimik mukanya memang tak boleh blah kalo membawa sesuatu watak, memang real lah wa cakap lu!

Ok berbalik kepada ceritanya tadi, cerita ni bermula dengan watak seorang remaja bernama Rahim iaitu anak kepada seorang peniaga ikan, Rahim ni pulak memang sorang anak yang sungguh badass, sanggup mengepau duit mak bapaknya untuk kegunaan memborong dadah dan membayar hutang piutang (muda muda dah pandai nak hutang dengan along) , jadi oleh kerana mak bapaknya tak tahan melihat sikap anaknya yang sungguh tidak bertamadun dan tak tau diuntung itu, mereka sepakat menghantar Rahim ke sekolah Pondok. Ya, sekolah pondok, bukan sekolah budak nakal.


Sampai saja di sekolah pondok, kisah sebenar bermula, Rahim telah diletak dibawah jagaan Salim (Johan Asa'ari) atas arahan Ustaz yang menghandle sekolah tersebut, watak ustaznya pulak dibawa oleh Datuk Rahim Razali, pelakon yang tone suaranya memang kaw kaw!! memang tembak tepat punya tutur kata. Dan kalau dah sebut nama sekolah, standardlah, mesti ada watak crook, yang memang tak puas hati dengan si Salim dan watak crook tersebut memang tak habis habis menghasut Rahim supaya menyusahkan si Salim (mentang mentanglah si Rahim ni budak baru). Berbagai teknik kotor telah dikenakan untuk memporak perandakan kehidupan Salim, tapi oleh kerana level kesabaran Salim yang terlalu tinggi, segalanya gagal segagal gagalnya.

Sehingga ke akhir ceritanya Salim telah meninggal dunia sebab penyakit asma yang keterlaluan, dan beberapa minggu sebelum dia meninggal dunia, rupa rupanya Salim sebenarnya merupakan anak seorang hartawan (yang langsung kita tak sangka sepanjang cerita) , pesanan terakhirnya supaya ayahnya menderma kepada badan kebajikan sekolah pondok tersebut (kerana kedudukan kewangan institusi tersebut tidak berapa kukuh sebelum itu), babak ini dapat ditonton ketika ceritanya dekat dekat nak habis, iaitu setelah Salim meninggal dunia. Dan sebelum meninggal dunia juga, Salim sempat memberikan seutas tasbih putih kepada Rahim kerana dia confident Rahim memang akan berubah.

Bagi aku telefilem ini 'makan dalam' dengan jalan ceritanya yang simple, walaupun barisan pelakonnya daripada muka muka baru, tapi gaya lakonan mereka memang superb, bukan senang nak melakonkan watak watak dalam cerita berunsur keagamaan, lebih lebih lagi watak Johan Asa'ari yang biasa kita lihat melakonkan watak lelaki kejam dan bengis sebelum ini. Telefilem ini memang akan memaksa anda untuk terus duduk di sofa depan TV dari mula hingga akhir cerita, my rate for this telemovie 4 out of 5!!

Monday, December 5, 2011

Buah dabai | dari persepektif saya

Testing testing 1, 2, 3..test tes... Entri ini saya tujukan khas kepada Dr. Ben dan Encik Berteromber yang ingin berkenalan dengan buah dabai yang saya pernah ceritakan dalam entri sebelum ini. Here it goes.

Buah dabai semasa dijual

Ok, buah dabai ialah sejenis buah yang saiznya sebesar buah kurma, bentuknya bujur dan berwarna hitam pada kulitnya, manakala result isi didalamnya may vary, ada yang berwarna kuning dan ada yang berwarna purple, untuk penggemar buah dabai yang hardcore, mereka akan memilih isinya yang berwarna kuning kerana rasanya lebih lemak berkrim disukai ramai. Manakala yang bewarna purple lebih sesuai dijadikan 'pek yek' tempoyak versi buah dabai, nanti akan saya ceritakan kemudian. Kalau di bahagian Limbang hingga ke Sabah, buah ini dipanggil sebagai buah Kembayau, rasanya Ijau D. Koceng tahu kot? tapi kalo ikut pemerhatian saya, bentuk buah kembayau lebih tirus di hujungnya dan badannya lebih panjang dari buah dabai. Rasanya pun lebih kurang.

selepas direndam dalam air panas, sedia untuk dimakan

Cara penyediaanya pula amat simple, hanya tuang air panas, dan biarkan ia terendam selama beberapa minit sehingga ianya menjadi lembut, bila dah lembut ianya memang sesuai benar dicecah dengan kicap/garam serta amatlah digalakkan dimakan dengan nasi panas serta air teh (di kampung, saya gemar makan dengan air teh, rasa lebih umph). Buah ini memang dimakan dengan nasi. Selain dicecah dengan garam, boleh juga dicampurkan sedikit dengan gula, atau lebih senang kalau ikut cara saya, buat salad versi dabai, masuk beberapa biji dalam mangkuk, tuang kicap dan tambah sedikit gula. Bijinya pula bolehlah dikeringkan dan dijadikan biji congkak ataupun untuk melastik burung atau untuk jadi batu seremban pun boleh.

Pada zaman saya masih sekolah rendah dulu, harga buah dabai boleh dikira murah, sekilo boleh dapat dalam RM2.00-RM.300 tapi sekarang harganya boleh mencecah hingga RM20.00 sekilo!! tapi sedap punya pasal, harga belakang kira.

Sunday, December 4, 2011

Musim buah buahan di kampung saya

Pada masa cuti ini, saya telah balik ke kampung mak saya di Sessang, di bahagian Betong di negeri Sarawak, saya balik menggunakan kereta saya yang berusia hampir 4 tahun, tahun depan genaplah 4 tahun pada bulan julai 2012, saya sungguh menikmati perjalanan balik ke kampung.

Sepanjang perjalanan saya ke kampung, saya melihat di kiri kanan jalan, banyak pokok buah sedang berbuah, takkan tumbuh bateri kereta pula kalau ianya menyerupai pokok buah! yang sungguh menarik perhatian saya ialah pokok buah dabai, yang semestinya berbuahkan buah dabai, iaitu buah yang paling sedap dimakan jika dicecah dengan kicap ataupun dimakan dengan garam, tapi mesti direbus terlebih dulu untuk mendapatkan rasa yang lemak dan lazat, kalau tak direbus atau tak betul sukatan rebusannya, semestinya wajah si pemakan akan menjadi kelat.

Dan di sepanjang jalan juga, kelihatan banyak penjual durian sedang menjalankan aktiviti jual beli mereka, ada yang jual sebiji sebiji, dan ada juga yang dijual beserta dengan raga raganya sekali, sungguh damai suasana di kampung, dan tiba tiba saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tayar hadapan kereta saya di sebelah kiri, rupa rupanya tayar kereta saya pancit. Mood saya terus berubah, segalanya sudah tidak indah lagi, langit yang biru sebentar tadi terus jadi kelabu tapi tak kelabu sangatla, nasiblah saya tidak bertukar jadi Incredible Hulk semasa menukar tayar kereta saya, kalau saya bertukar, akibatnya banyakla yang saya kena bayar, upah towing, upah workshop, upah tukang ketuk badan kereta, upah orang tarik kereta dari dalam parit. ahhhhhh!!


gambar hiasan

Friday, December 2, 2011

Angkat besi!!!

Teruja untuk mendapatkan tees Iron Maiden, penghujung bulan lepas aku telah memborong beberapa helai tees tersebut daripada seorang rakan yang juga seorang rokes di Bintulu, dia juga peminat dan seorang pengumpul tegar vinyl band band metal local dan antarabangsa iaitu saudara Yasin, kejadian ini berlaku semasa aku hendak pergi ke Kuching, alang alang dah melalui daerah Tatau, Bintulu, jadi aku menyempat la singgah ke rumah si Yasin ni tadi, masuk masuk saja dalam biliknya, dah seperti galeri dah, mulut aku ternganga kejap melihat album dan single single IM dalam bentuk vinyl yang tersidai atas rak sebelah tv beliau. Sayangnya gambar tak sempat aku ambil sebab kamera aku pada waktu itu sememangnya udah rusak om!! sungguh tak ku sangka ada juga pengumpul tegar seperti Yasin di daerah Tatau!!

Oh ya, sebenarnya pada minggu sebelum itu dia juga ada membawa koleksi baju dan CD untuk dijual/trade semasa sesi jamming band Curse of God di Z-Studio Bintulu, banyak jugalah yang dibawanya, pada sesi jamming tersebut adalah dia offer untuk tolak Tees IM kat aku, tapi oleh kerana pada minggu itu belum masuk gaji lagi, aku terpaksa abaikan dulu, tapi dalam hati memang dah nekad benar dah.

Jadi pada minggu selepas gaji tadi, aku terus singgah kerumahnya, rujuk kepada perenggan kat atas sekali, aku telah memborong 3 helai yang bertag fruit of the loom dan gildan, semestinya size M. Disamping itu banyak jugakla T-shirt vintage dan rare yang lain, dan ada yang paling sedih, ada jugak yang rupanya seperti kain lap kaki, tapi kalo menurutkan harga kat ebay, ya Masyallah!! beribu!!


Flight666, aku sangat suka dia punya warna

Yang sebelah kiri, kalo ikut rega dalam ebay cecah jugakla RM200++!!


Tak cukup dengan itu, setibanya di Kuching keesokan harinya, aku terus pegi jejalan ke wisma Hopoh, dan terjumpa lagi tees IM kat sana, tapi banyak Siam mari..apalagi, aku angkat lagi selai, kebetulan pulak tauke kedai tersebut memang dah biasa dengan aku kerana sewaktu aku tinggal di Kuching beberapa tahun yang lepas, aku selalu memborong kaset kaset metal/rock dari beliau, untuk ini tees, aku dapat harga diskaun yang sungguh ultra saving, sehelai RM15.00


Siam Mari

Awal tahun depan sementara persediaan untuk 'Projek Mega' bak kata Ijau D. Koceng, aku plan nak kumpul material material IM , mungkin dalam bentuk vinyl jugakla barangkali (apa sudah jadi?) nilah yang dinamakan pengaruh rakan rakan sebaya huh!! up the Iron!!!
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...